sampaikan lah apapun daripada kamu walaupun satu ayat ^__^

Beratnya Tanggungjawab Lelaki ~istimewa wanita disisi ALLAH~


.


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

Hebatnya dia..!!


.

Assalamualaikum…w.b.t.

Alhamdulillah,syukur kepada Ilahi..semalam(malam ahad) aku telah berpeluang untuk pergi ke Tahfiz Darul Iman iaitu salah satu tahfiz yang terdapat di Balik Pulau untuk mendengar Syahadah.
~syahadah ialah menghafal satu al quran dan sekurang2nya 3 kali salah~

Apabila sampai ke rumah selepas pulang dari Jitra, mak memberitahu bahawa di tahfiz tersebut ada buat syahadah. Jadi, aku pun ingin turut serta kerana aku belum pernah lagi mengikutinya. Selepas solat maghrib, aku bersama mak pergi ke tahfiz tersebut. Setelah sampai, kami masuk di bahagian pelajar perempuan. Kami disambut dengan baik sekali oleh pelajar perempuan di sana. Mereka mempersilakan kami untuk duduk di tempat yang telah disediakan. Selepas itu, mereka membuka muka surat yang sedang dibaca oleh tahfiz yang sedang bersyahadah. 

Menurut sepupuku yang juga pelajar di tahfiz itu, pada waktu malam yang aku bersama mak pergi, syahadah telah dialunkan oleh seorang pelajar belasan tahun. Adik kepada pelajar tersebut telah pun selesai bersyahadah sebelumnya. Ibu mereka merupakan seorang profeser di USM. Ya Allah.. betapa bertuahnya ibu mereka mempunya anak2 seperti mereka..

Semasa aku meneliti ayat al quran yang sedang dialunkan, aku merasa rendah diri sangat. Aku hanya mampu meneliti ayat alquran dengan al quran. Bukan dengan ingatanku. Ya Allah..... 


Apabila sampai pada surah Ibrahim ayat 34, tahfiz tersebut terhenti bacaannya kerana lupa pada pertengahan ayat tersebut. Namun, dia cuba sedaya upaya mengingatinya dengan mengulangi ayat sebelumnya beberapa kali. Aku terasa ingin saja membantunya tapi apakan dayaku. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya dia mudah mengingati. Aku rasa semua yang berada di situ juga turut mendoakannya. 

Mereka yang bersyahadah tidak boleh dibantu oleh sesiapapun sehinggalah dia benar2 tidak boleh mengingatinya, Maka gurunya akan membantu. Jika gurunya membantu lebih dari 3 kali maka dia tidak boleh  meneruskan syahadahnya.

Apabila sampai pula pada ayat 37 surah yang sama, dia sekali lagi tidak dapat mengingati perkataan terakhir ayat itu. Walaupun begitu dia tidak jemu2 untuk mengulangi ayat sebelumnya. Setelah hampir 20 minit dia tidak dapat mengulanginya, maka gurunya membantunya. Alhamdulillah, dia hanya ada 1 kesalahan sepanjang membaca awal surah al quran hingga surah ibrahim. 

Syahadah dilakukan siang dan malam sehinggalah dia dapat menghabiskan hafalannya 1 alquran. Aku berkongsi cerita ini hanyalah semata-mata untuk membuka dan menyucikan hati kita supaya kita tanam dalam hati kemahuan untuk menghafal ayat-ayat al quran walaupun bukan keseluruhan Alquran.
kerana menghafal alquran ialah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. 


sekian,...

Langkah Pertama....Langkah Gergasi


.

("kelihatan tidak mesra sebelum diijabkabulkan, tetapi itulah yang mengikat mereka. Sikap suaminya yang kurang mahu berinteraksi sebelum perkahwinan sebenarnya menambah kemanisan hubungan mereka")

Langkah pertama yang dicuba oleh lelaki sentiasa diingatinya dan menjadi bahan kenangan serta usikan apabila sudah berumah tangga kelak. Ada waktunya langkah pertama lelaki berlaku dalam keadaan yang ganjil dan menghairankan.

Sebagaimana kisah benar seorang lelaki yang sudah mempunyai tiga orang anak dengan isteri pilihan hatinya.

Katanya,"Pertemuan pertama kami bukan seperti pasangan-pasangan lain. Ia bermula daripada kematian seorang sahabat. Pada awalnya, abang menyedari kewujudannya di tanah perkuburan. Entah rasa hati kata si dia pilihan abang. Maka, abang merisik-risik daripada rakan-rakan yang mengenalinya."

Tanah perkuburan adalah tempat bersemadinya jenazah tetapi ia juga boleh menjadi tempat pertemuan. Bermula dari hari itu, cerita si lelaki yang merisik si empunya diri sebenarnya mendapat respons yang baik daripada perempuan itu.

Cuma mereka tidak keluar bersama melainkan ketika hendak membeli cincin tunang sahaja. Pertemuan-pertemuan singkat sekadar bertanya khabar cukup menggembirakan. 

Kata isterinya,"Suami saya seorang yang tegas dengan prinsip. Pernak ada waktunya saya cuba menghubunginya melalui telefon. Tetapi tidak pernah pula meleret-leret dijawabnya. Tidak sampai 5 minit. Satu soalan yang kakak tanyakan, satu jawapan yang dia berikan."

Kelihatan tidak mesra sebelum bernikah tetapi itulah yang mengikat mereka. Sikap suaminya yang kurang mahu berinteraksi sebelum perkahwinan sebenarnya menambah kemanisan hubungan mereka. Kerana mereka bekerja di bangunan yang sama di tingkat yang berbeza, kerap juga mereka bertemu muka.

Kata isterinya lagi,"Kami tidak selalu bertegur sapa. Jika ditangan kakak ada surat khabar, maka surat khabar itulah yang melindungi wajah kakak. Masih ada rasa malu-malu lagi."

Lelaki yang dikenalinya semasa zaman bujangnya dahulu, kini menjadi teman hidupnya. Sikapnya yang kurang berinteraksi sebelum berkahwin beralih kepada sikap ramah dan mesra yang melembutkan hati isteri.

Apabila mengenangkan kembali langkah pertama yang menjadi langkah pertemuaan awal mereka, itulah ingatan yang paling manis bagi mereka jadikan gurauan dan cerita bersama.

Ampuni aku…..Ya Allah!!


.



Rasulullah SAW bersabda:Allah berfirman,”Wahai anak Adam, sesungguhnya selagi kamu berdoa dan mengharapkan kepada-Ku, Aku akan memberi keampunan kepadamu pada apa (dosa) yang ada padamu dan Aku tidak peduli seberapa banyak dosamu. Wahai anak Adam, seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu meminta ampun kepada-Ku, maka Aku akan memberikan keampunan kepadamu dan Aku tidak peduli seberapa banyak dosamu. Wahai anak Adam, sesungguhnya apabila kamu datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menemui Aku dengan tidak menyekutu Aku dengan sesuatu, maka Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi.              (H.R.Tirmizi)

Kebesaranmu


.

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu

mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

kebesaran-Mu Tuhan

Perkataan Aneh~


.

Dipetik dari buku 'Indahnya Sabar dan Syukur'~

Seperti yang telah biasa dilakukan ketika salah seorang sahabatnya meninggal dunia, Rasulullah menghantar jenazahnya sampai ke kubur. Suatu ketika setelah pulang, Rasulullah singgah untuk menghiburkan dan menenangkan keluarga almarhum agar terus bersabar menerima musibah itu. "Tidakkah almarhum meninggalkan wasiat sebelum meninggal dunia?" tanya Rasulullah.

"Saya mendengar dia mengatakan sesuatu diantara nafasnya yang tersekat-sekat ketika hampir ajal," ujar isterinya.

"Apa yang dikatakannya?"

"Saya tidak tahu, ya Rasulullah samada kata-katanya rintihan sebelum mati atau jeritan pedih kerana dasyatnya sakaratul maut. Cuma, kata-katanya memang sukar difahami lantaran perkataannya yang terputus-putus.

"Bagaimana bunyinya?"

Isteri yang setia itu menjawab,"Suami saya mengatakan 'Andai kata lebih panjang lagi, Andai kata yang masih baru, Andai kata semuanya....'hanya itulah yang dikatakan sehingga kami bingung. Adakah perkataan itu igauan dalam keadaan tidak sedar atau pesanan yang tidak habis?"

Rasulullah tersenyum lalu menjelaskan,"Sesungguhnya yang dikatakan suamimu tidaklah keliru. Kisahnya, pada suatu hari, dia sedang bergegas hendak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Di tengah perjalanan, dia berjumpa dengan orang buta yang bertujuan sama. Si buta itu teraba-raba kerana tiada orang yang memimpinnya sehingga tiba di masjid. Maka, suamimu yang memimpinnya sehingga tiba di masjid. Ketika hendak menghembuskan nafasnya yang penghabisan, dia menyaksikan pahala amalnya itu, dia pun berkata' Seandainya lebih jauh lagi, Maksudnya, seandainya jalan ke masjid itu jauh lagi, pasti pahalanya lebih besar lagi."

"Perkataan yang lain, ya Rasulullah?"

Nabi menjawab," Adapun perkataan yang kedua dikatakannya ketika dia melihat perbuatan balasannya yang lain. Sebabnya pada hari berikutnya, sewaktu dia pergi ke masjid pagi-pagi lagi, padahal cuaca dingin sekali, di tepi jalan dia melihat seorang lelaki tua yang sedang duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu mambawa sehelai jubah baru selain yang dipakainya. Maka, dia membuka jubahnya yang lama, diberikan kepada lelaki tersebut. Ketika hampir saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga dia pun menyesal dan berkata," Seandainya jubahnya yang masih baru yang kuberikan, bukan jubahku yang lama, pasti pahalaku lebih jauh lebih besar lagi. Itulah yang dikatakan oleh suamimu selengkapnya.

"Kemudian, apa maksud katanya yang ketiga, ya Rasulullah?" tanya si isteri semakin ingin tahu.

Dengan sabar Nabi menjelaskan," Ingatkah kamu pada suatu ketika semasa suamimu berada dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Kamu menghidangkan sepotong roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, ketika hendak makan, seorang musafir datang mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membahagikan rotinya menjadi dua potong, separuh diberikan kepada musafir itu. Pada waktu suamimu nazak, dia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalnya itu. Dia pun menyesal dan berkata," Jika aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak hanya kuberi separuh. Seandainya semuanya kuberikan padanya, sedah pasti pahalaku akan berlipat ganda."



Demikianlah sifat keadilan Allah. Perbuatan baik akan membwa keuntungan, demikian juga perbuatan jahat akan membawa makapetaka.

Hebatnya Solat Mereka....


.

  Hatim bin Asam r.a. ditanya orang tentang halnya mengenai solat. Jawab Hatim: 
"Tiba waktu solat aku pun berwuduk dan pergi ke tempat solat. Aku duduk di situ sehingga ketegangan anggota tubuhku kendur (berasa tenang). Kemudian aku pun berdiri untuk solat."

   "Semasa inilah aku membayangkan satu gambaran yang jelas di hadapan mataku iaitu Kaabah di hadapanku, kakiku berdiri di atas Titian Sirat dengan Syurga di sebelah kananku dan Neraka di sebelah kiriku. Izrail di belakangku. Aku berasa seolah-olah inilah solatku yang terakhir.

Aku lemas dalam dua perasaan-takut solatku tidak diterima dan berharap sungguh agar solatku diterima. Dalam keadaan inilah aku menunaikan solat dengan penuh keikhlasan dan ketaatan."