Hatim bin Asam r.a. ditanya orang tentang halnya mengenai solat. Jawab Hatim:
"Tiba waktu solat aku pun berwuduk dan pergi ke tempat solat. Aku duduk di situ sehingga ketegangan anggota tubuhku kendur (berasa tenang). Kemudian aku pun berdiri untuk solat."
"Semasa inilah aku membayangkan satu gambaran yang jelas di hadapan mataku iaitu Kaabah di hadapanku, kakiku berdiri di atas Titian Sirat dengan Syurga di sebelah kananku dan Neraka di sebelah kiriku. Izrail di belakangku. Aku berasa seolah-olah inilah solatku yang terakhir.
Aku lemas dalam dua perasaan-takut solatku tidak diterima dan berharap sungguh agar solatku diterima. Dalam keadaan inilah aku menunaikan solat dengan penuh keikhlasan dan ketaatan."