Assalamualaikum…w.b.t.
Alhamdulillah,syukur kepada Ilahi..semalam(malam ahad) aku telah berpeluang untuk pergi ke Tahfiz Darul Iman iaitu salah satu tahfiz yang terdapat di Balik Pulau untuk mendengar Syahadah.
~syahadah ialah menghafal satu al quran dan sekurang2nya 3 kali salah~
Apabila sampai ke rumah selepas pulang dari Jitra, mak memberitahu bahawa di tahfiz tersebut ada buat syahadah. Jadi, aku pun ingin turut serta kerana aku belum pernah lagi mengikutinya. Selepas solat maghrib, aku bersama mak pergi ke tahfiz tersebut. Setelah sampai, kami masuk di bahagian pelajar perempuan. Kami disambut dengan baik sekali oleh pelajar perempuan di sana. Mereka mempersilakan kami untuk duduk di tempat yang telah disediakan. Selepas itu, mereka membuka muka surat yang sedang dibaca oleh tahfiz yang sedang bersyahadah.
Menurut sepupuku yang juga pelajar di tahfiz itu, pada waktu malam yang aku bersama mak pergi, syahadah telah dialunkan oleh seorang pelajar belasan tahun. Adik kepada pelajar tersebut telah pun selesai bersyahadah sebelumnya. Ibu mereka merupakan seorang profeser di USM. Ya Allah.. betapa bertuahnya ibu mereka mempunya anak2 seperti mereka..
Semasa aku meneliti ayat al quran yang sedang dialunkan, aku merasa rendah diri sangat. Aku hanya mampu meneliti ayat alquran dengan al quran. Bukan dengan ingatanku. Ya Allah.....
Apabila sampai pada surah Ibrahim ayat 34, tahfiz tersebut terhenti bacaannya kerana lupa pada pertengahan ayat tersebut. Namun, dia cuba sedaya upaya mengingatinya dengan mengulangi ayat sebelumnya beberapa kali. Aku terasa ingin saja membantunya tapi apakan dayaku. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya dia mudah mengingati. Aku rasa semua yang berada di situ juga turut mendoakannya.
Mereka yang bersyahadah tidak boleh dibantu oleh sesiapapun sehinggalah dia benar2 tidak boleh mengingatinya, Maka gurunya akan membantu. Jika gurunya membantu lebih dari 3 kali maka dia tidak boleh meneruskan syahadahnya.
Apabila sampai pula pada ayat 37 surah yang sama, dia sekali lagi tidak dapat mengingati perkataan terakhir ayat itu. Walaupun begitu dia tidak jemu2 untuk mengulangi ayat sebelumnya. Setelah hampir 20 minit dia tidak dapat mengulanginya, maka gurunya membantunya. Alhamdulillah, dia hanya ada 1 kesalahan sepanjang membaca awal surah al quran hingga surah ibrahim.
Syahadah dilakukan siang dan malam sehinggalah dia dapat menghabiskan hafalannya 1 alquran. Aku berkongsi cerita ini hanyalah semata-mata untuk membuka dan menyucikan hati kita supaya kita tanam dalam hati kemahuan untuk menghafal ayat-ayat al quran walaupun bukan keseluruhan Alquran.
kerana menghafal alquran ialah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W.
sekian,...