sampaikan lah apapun daripada kamu walaupun satu ayat ^__^

Archive for January 2011

Hebatnya dia..!!


.

Assalamualaikum…w.b.t.

Alhamdulillah,syukur kepada Ilahi..semalam(malam ahad) aku telah berpeluang untuk pergi ke Tahfiz Darul Iman iaitu salah satu tahfiz yang terdapat di Balik Pulau untuk mendengar Syahadah.
~syahadah ialah menghafal satu al quran dan sekurang2nya 3 kali salah~

Apabila sampai ke rumah selepas pulang dari Jitra, mak memberitahu bahawa di tahfiz tersebut ada buat syahadah. Jadi, aku pun ingin turut serta kerana aku belum pernah lagi mengikutinya. Selepas solat maghrib, aku bersama mak pergi ke tahfiz tersebut. Setelah sampai, kami masuk di bahagian pelajar perempuan. Kami disambut dengan baik sekali oleh pelajar perempuan di sana. Mereka mempersilakan kami untuk duduk di tempat yang telah disediakan. Selepas itu, mereka membuka muka surat yang sedang dibaca oleh tahfiz yang sedang bersyahadah. 

Menurut sepupuku yang juga pelajar di tahfiz itu, pada waktu malam yang aku bersama mak pergi, syahadah telah dialunkan oleh seorang pelajar belasan tahun. Adik kepada pelajar tersebut telah pun selesai bersyahadah sebelumnya. Ibu mereka merupakan seorang profeser di USM. Ya Allah.. betapa bertuahnya ibu mereka mempunya anak2 seperti mereka..

Semasa aku meneliti ayat al quran yang sedang dialunkan, aku merasa rendah diri sangat. Aku hanya mampu meneliti ayat alquran dengan al quran. Bukan dengan ingatanku. Ya Allah..... 


Apabila sampai pada surah Ibrahim ayat 34, tahfiz tersebut terhenti bacaannya kerana lupa pada pertengahan ayat tersebut. Namun, dia cuba sedaya upaya mengingatinya dengan mengulangi ayat sebelumnya beberapa kali. Aku terasa ingin saja membantunya tapi apakan dayaku. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya dia mudah mengingati. Aku rasa semua yang berada di situ juga turut mendoakannya. 

Mereka yang bersyahadah tidak boleh dibantu oleh sesiapapun sehinggalah dia benar2 tidak boleh mengingatinya, Maka gurunya akan membantu. Jika gurunya membantu lebih dari 3 kali maka dia tidak boleh  meneruskan syahadahnya.

Apabila sampai pula pada ayat 37 surah yang sama, dia sekali lagi tidak dapat mengingati perkataan terakhir ayat itu. Walaupun begitu dia tidak jemu2 untuk mengulangi ayat sebelumnya. Setelah hampir 20 minit dia tidak dapat mengulanginya, maka gurunya membantunya. Alhamdulillah, dia hanya ada 1 kesalahan sepanjang membaca awal surah al quran hingga surah ibrahim. 

Syahadah dilakukan siang dan malam sehinggalah dia dapat menghabiskan hafalannya 1 alquran. Aku berkongsi cerita ini hanyalah semata-mata untuk membuka dan menyucikan hati kita supaya kita tanam dalam hati kemahuan untuk menghafal ayat-ayat al quran walaupun bukan keseluruhan Alquran.
kerana menghafal alquran ialah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. 


sekian,...

Langkah Pertama....Langkah Gergasi


.

("kelihatan tidak mesra sebelum diijabkabulkan, tetapi itulah yang mengikat mereka. Sikap suaminya yang kurang mahu berinteraksi sebelum perkahwinan sebenarnya menambah kemanisan hubungan mereka")

Langkah pertama yang dicuba oleh lelaki sentiasa diingatinya dan menjadi bahan kenangan serta usikan apabila sudah berumah tangga kelak. Ada waktunya langkah pertama lelaki berlaku dalam keadaan yang ganjil dan menghairankan.

Sebagaimana kisah benar seorang lelaki yang sudah mempunyai tiga orang anak dengan isteri pilihan hatinya.

Katanya,"Pertemuan pertama kami bukan seperti pasangan-pasangan lain. Ia bermula daripada kematian seorang sahabat. Pada awalnya, abang menyedari kewujudannya di tanah perkuburan. Entah rasa hati kata si dia pilihan abang. Maka, abang merisik-risik daripada rakan-rakan yang mengenalinya."

Tanah perkuburan adalah tempat bersemadinya jenazah tetapi ia juga boleh menjadi tempat pertemuan. Bermula dari hari itu, cerita si lelaki yang merisik si empunya diri sebenarnya mendapat respons yang baik daripada perempuan itu.

Cuma mereka tidak keluar bersama melainkan ketika hendak membeli cincin tunang sahaja. Pertemuan-pertemuan singkat sekadar bertanya khabar cukup menggembirakan. 

Kata isterinya,"Suami saya seorang yang tegas dengan prinsip. Pernak ada waktunya saya cuba menghubunginya melalui telefon. Tetapi tidak pernah pula meleret-leret dijawabnya. Tidak sampai 5 minit. Satu soalan yang kakak tanyakan, satu jawapan yang dia berikan."

Kelihatan tidak mesra sebelum bernikah tetapi itulah yang mengikat mereka. Sikap suaminya yang kurang mahu berinteraksi sebelum perkahwinan sebenarnya menambah kemanisan hubungan mereka. Kerana mereka bekerja di bangunan yang sama di tingkat yang berbeza, kerap juga mereka bertemu muka.

Kata isterinya lagi,"Kami tidak selalu bertegur sapa. Jika ditangan kakak ada surat khabar, maka surat khabar itulah yang melindungi wajah kakak. Masih ada rasa malu-malu lagi."

Lelaki yang dikenalinya semasa zaman bujangnya dahulu, kini menjadi teman hidupnya. Sikapnya yang kurang berinteraksi sebelum berkahwin beralih kepada sikap ramah dan mesra yang melembutkan hati isteri.

Apabila mengenangkan kembali langkah pertama yang menjadi langkah pertemuaan awal mereka, itulah ingatan yang paling manis bagi mereka jadikan gurauan dan cerita bersama.

Ampuni aku…..Ya Allah!!


.



Rasulullah SAW bersabda:Allah berfirman,”Wahai anak Adam, sesungguhnya selagi kamu berdoa dan mengharapkan kepada-Ku, Aku akan memberi keampunan kepadamu pada apa (dosa) yang ada padamu dan Aku tidak peduli seberapa banyak dosamu. Wahai anak Adam, seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu meminta ampun kepada-Ku, maka Aku akan memberikan keampunan kepadamu dan Aku tidak peduli seberapa banyak dosamu. Wahai anak Adam, sesungguhnya apabila kamu datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menemui Aku dengan tidak menyekutu Aku dengan sesuatu, maka Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi.              (H.R.Tirmizi)