sampaikan lah apapun daripada kamu walaupun satu ayat ^__^

Archive for 2010

Kebesaranmu


.

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu

mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

kebesaran-Mu Tuhan

Perkataan Aneh~


.

Dipetik dari buku 'Indahnya Sabar dan Syukur'~

Seperti yang telah biasa dilakukan ketika salah seorang sahabatnya meninggal dunia, Rasulullah menghantar jenazahnya sampai ke kubur. Suatu ketika setelah pulang, Rasulullah singgah untuk menghiburkan dan menenangkan keluarga almarhum agar terus bersabar menerima musibah itu. "Tidakkah almarhum meninggalkan wasiat sebelum meninggal dunia?" tanya Rasulullah.

"Saya mendengar dia mengatakan sesuatu diantara nafasnya yang tersekat-sekat ketika hampir ajal," ujar isterinya.

"Apa yang dikatakannya?"

"Saya tidak tahu, ya Rasulullah samada kata-katanya rintihan sebelum mati atau jeritan pedih kerana dasyatnya sakaratul maut. Cuma, kata-katanya memang sukar difahami lantaran perkataannya yang terputus-putus.

"Bagaimana bunyinya?"

Isteri yang setia itu menjawab,"Suami saya mengatakan 'Andai kata lebih panjang lagi, Andai kata yang masih baru, Andai kata semuanya....'hanya itulah yang dikatakan sehingga kami bingung. Adakah perkataan itu igauan dalam keadaan tidak sedar atau pesanan yang tidak habis?"

Rasulullah tersenyum lalu menjelaskan,"Sesungguhnya yang dikatakan suamimu tidaklah keliru. Kisahnya, pada suatu hari, dia sedang bergegas hendak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Di tengah perjalanan, dia berjumpa dengan orang buta yang bertujuan sama. Si buta itu teraba-raba kerana tiada orang yang memimpinnya sehingga tiba di masjid. Maka, suamimu yang memimpinnya sehingga tiba di masjid. Ketika hendak menghembuskan nafasnya yang penghabisan, dia menyaksikan pahala amalnya itu, dia pun berkata' Seandainya lebih jauh lagi, Maksudnya, seandainya jalan ke masjid itu jauh lagi, pasti pahalanya lebih besar lagi."

"Perkataan yang lain, ya Rasulullah?"

Nabi menjawab," Adapun perkataan yang kedua dikatakannya ketika dia melihat perbuatan balasannya yang lain. Sebabnya pada hari berikutnya, sewaktu dia pergi ke masjid pagi-pagi lagi, padahal cuaca dingin sekali, di tepi jalan dia melihat seorang lelaki tua yang sedang duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu mambawa sehelai jubah baru selain yang dipakainya. Maka, dia membuka jubahnya yang lama, diberikan kepada lelaki tersebut. Ketika hampir saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga dia pun menyesal dan berkata," Seandainya jubahnya yang masih baru yang kuberikan, bukan jubahku yang lama, pasti pahalaku lebih jauh lebih besar lagi. Itulah yang dikatakan oleh suamimu selengkapnya.

"Kemudian, apa maksud katanya yang ketiga, ya Rasulullah?" tanya si isteri semakin ingin tahu.

Dengan sabar Nabi menjelaskan," Ingatkah kamu pada suatu ketika semasa suamimu berada dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Kamu menghidangkan sepotong roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, ketika hendak makan, seorang musafir datang mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membahagikan rotinya menjadi dua potong, separuh diberikan kepada musafir itu. Pada waktu suamimu nazak, dia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalnya itu. Dia pun menyesal dan berkata," Jika aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak hanya kuberi separuh. Seandainya semuanya kuberikan padanya, sedah pasti pahalaku akan berlipat ganda."



Demikianlah sifat keadilan Allah. Perbuatan baik akan membwa keuntungan, demikian juga perbuatan jahat akan membawa makapetaka.

Hebatnya Solat Mereka....


.

  Hatim bin Asam r.a. ditanya orang tentang halnya mengenai solat. Jawab Hatim: 
"Tiba waktu solat aku pun berwuduk dan pergi ke tempat solat. Aku duduk di situ sehingga ketegangan anggota tubuhku kendur (berasa tenang). Kemudian aku pun berdiri untuk solat."

   "Semasa inilah aku membayangkan satu gambaran yang jelas di hadapan mataku iaitu Kaabah di hadapanku, kakiku berdiri di atas Titian Sirat dengan Syurga di sebelah kananku dan Neraka di sebelah kiriku. Izrail di belakangku. Aku berasa seolah-olah inilah solatku yang terakhir.

Aku lemas dalam dua perasaan-takut solatku tidak diterima dan berharap sungguh agar solatku diterima. Dalam keadaan inilah aku menunaikan solat dengan penuh keikhlasan dan ketaatan."

Kebahagiaan Ala Nabi Idris a.s.


.

~ di petik dari buku 'Indahnya SABAR dan SYUKUR'.....

  "orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat  menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik2nya"
                                                                          (surah ar-Ra'd:29)

Bagi orang muslim, jalan kebahagiaan adalah di akhirat kelak, dunia hanyalah satu persinggahan sementara lagi singkat. Sungguh sayang sekali jika manusia di dunia gembira(bahagia) tetapi di akhirat celaka. Perjalanan hidup para nabi dan rasul Nya adalah iktibar penting yang patut diteladani, sekaligus menjadi konsep yang harus diikuti dalam kehidupan.

' Nabi Idris a.s. adalah keturunan Nabi Adam a.s., anak lelaki dari Yazid bin Mihla'iel bin Qainan bin Anusy bin Adam a.s. Beliau memberi beberapa konsep bagi umatnya agar hidup bahagia.
Pertama   : kesabaran yang disertai dengan keimanan pada Allah membawa kemenangan

Kedua      : orang yang behagia adalah orang yang merendahkan diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal soleh

Ketiga     : apabila anda memohon sesuatu daripada Allah dan berdoa, ikhlaskan niat anda

Keempat : janganlah bersumpah dusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang berdusta agar kamu tidak tidak menyukutu mereka dalam dosa

Kelima    : taatilah perintah serta penuhilah lidah anda dengan mengucap syukur dan pujian  pada Allah

Keenam  : janganlah dengki dengan orang berjaya. Sebabnya mereka tidak akan lama menikmati kejayaan

Ketujuh   : sesiapa melampaui batas kesederhanaan maka tidak satu pun akan memuaskannya

Kelapan  : tanpa membahagi-bahagikan(sedekah) atas nikmat yang diperolehi, seseorang  tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diperolehinya itu


Sama2 lah kita memperolehi kebahagiaan itu~
wasalam.. (^__^)

kau kawan, sahabat & teman mashoor 0509


.

Doa Fitnah Dajjal


.

diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengajar doa berikut kepada para sahabat dengan begitu teliti sebagaimana baginda menyampaikan ayat-ayat dari Al-Quran :


wallahualam..(^__^)

alhamdulillah...thanks Allah..(^__^)


.

i asked for Strength....
   and Allah give me a difficulties to make me strong...

i asked for Wisdom....
   and Allah give me problems to solve....

i asked for Courage....
   and Allah give me an obstacles to overcome....

i asked for Love...
   and Allah give me troubled people to help....

i asked for Favors....
   and Allah give me Opportunities....


"Maybe I Received Nothing I Wanted..,,
          But I Received Everything I Needed"


(^__^)




best...(^__^)


.

 

LIRIK NASYID AL - AMALULILLAH

Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amalulillahi syi’aruna
Al’amalulillahi syi’aruna

Allah. Allah. Allahu rabbuna
Allah. Allah. Allahu ghayatuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna

Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amalulillahi syi’aruna
Al’amalulillahi syi’aruna


Al-jihad, al-jihad, al-jihadu sabiluna
Al-jihad, al-jihad, al-jihadusabiluna
Al-mautu fisabilillah asma amanina
Al-mautu fisabilillah asma amanina
Asma amanina, asma amanina

Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami

Allah. Allah. Allah Tuhan kami
Allah. Allah. Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami

Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami

Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami
Cita tertinggi kami. Cita tertinggi kami

teringat kembali...(^___^)


.

tiba2 teringat...mak pernah cakap selepas dapat tau aku dtrima masok maktab.. "akhirnya, cita2 yana dah  tercapai,Alhamdulillah..."aku terkejut....lama aku memikir...oww!! baru teringat....masa skolah rendah dulu..aku pernah cakap...yg nnt besaq aku nak jadi ustazah...even, kat dalam buku biodata pon...aku tulis..cita2 aku nak jadi seorang ustazah...(^__^)...Ya Allah...aku amat bersyukur atas pemberian nikmatMu yg tidak ternilai.... Aku ingin menjadi sebaik2 wanita solehah dan ustazah....Ya Allah...permudahkanlah hambaMu ini menuju jalanMu...
terima kasih Ya Allah....!!!

terima kasih mak dan abah...!!!
...yang x jemu2 berdoa untuk anakmu ini....

cinta Allah!


.

~~"terima kasih atas segalanya..yang telah menyedarkan diri ini...sesungguhnya diri ini msih ketandusan iman...hanya Dia lah yang berhak menentukan segalanya...Allah telah menetapknnya di luh mahfuz...kita hanya mampu berdoa untuk disatukn hati bagi mendapat redhaNya...mungkin masa inilah yang akan kita gunakan untuk sama-sama membina sahsiah kepimpinan bagi... memimpin sbuah mahligai indah kelak...& berdoalah agar ianya bersatu hanyalah kerana Allah.."~~ (^___^)

                                                            (kau kawan, sahabat & teman)


.

Kasih dan Cinta dalam Islam

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________
“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan

Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.

Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?

Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan


http://blog.myfenris.net/2006/04/14/kasih-dan-cinta-dalam-islam/

Exam Time Table Pend Islam Sem 1/2010


.

1-11-2010               *SESI PETANG
ISNIN                     *ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY (ELP)
                               *2.30p.m. - 3.45p.m.

2-11-2010               *SESI PETANG
SELASA                 *BAHASA ARAB
                               *2.30p.m. - 3.45p.m.


11-11-2010            *SESI PAGI
KHAMIS               *PENGAJIAN ISLAM 1
                               *8.30a.m. - 9.45a.m.


15-11-2010            *SESI PETANG
 ISNIN                   *PENGAJIAN ISLAM 2

                               *2.30p.m. - 3.45p.m
 "selamat ber'exam'......=)"

ppismp pend islam 2 (sem 1/2010)


.

SePEtaNg bERsaMa....^_____^


.

alhamdulillah...........
telah d beri kesampatan oleh Allah untuk berehlah bersama teman2 untuk mengeratkan lagi ukhuwah persahabatan antara kami.... Moga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat....

"masa tu dalam kelas kb...ttiba kaum adam beri cadang nak p tasik (x tau la klu depa rancang lama dah) tapi depa ajak satu kelas p ....kaum adam suma excited nak p...hihi..^___^....kaum hawa ada beberapa org saja yg p sbb yg lain ada hal....so depa x bleh nak join...(x pa2...la tahzan...nnt kta boleh p lagi)...

pastu kami suma berpakat nak wat boria p tasik tu (boria : suma baju sama daa).....
kaum adam p dulu.....kaum hawa p lambat skit sbb ada hal yg perlu d selesaikan.....
sampai2 ja kaum hawa kat tasik tu...terus p beli tiket nak naik itik....^____^.... tanpa menoleh d  mna2....
bermulalah expedisi kaum hawa mengayuh itik yang agak besarnya itu....

huh!!!...........mmg best...!!dah la waktu petang2......boleh tgk suasana petang yg begitu mengasyikkan..
 Subahanallah!!.........kaum hawa pon berpusing2lah bersama itik mereka d tasik tu....yang x bestnya,,,life jacket tu besaq sangat.....so masa kat tgh2 tasik tu,,,adalah seorang hawa ni membuka life jacketnya utk keselesaan..^___^.......hhehee...baru terasa nikmatnya!!

yang kaum adam pulak...ada yg berkayak, berjogging.....n so onn......hihih
yg herannya...kaum adam ni basah2 bila naik dari tasik...heran aih!! (depa ni berenang ka apa)....
hehehehe...........................

selepas penat berehlah,,,kaum hawa p kedai makan sbb lapaq....yg kaum adam dah makan awai2 g dah....
ish2!!x pa2....makan la....so kaum adam ni pon berehat d bawa pokok nyok kot sambil menikmati keindahan ptg...

kaum adam balik dulu sbb depa dah lama kat situ.............so tinggal kaum hawa yg tgh dok makan lagi.........
lepas kenyang kami pon beragkat pulang.....hari pon dah semakin malap...hihihi.........
semua org balik dgn happynya..............^____^"

kami berharap akan dapat bersama lagi untuk merapatkan lagi hubungan persahabatan dan persaudaraan.....
Amin!!!

itik comey!!!



                                                                      kak ayu ngn wahida

                                                                             kaum adam
                                                                            itik oh itik~~
 lemas sambil senyum =)
                                                       pemandangan d waktu petang
                                                                          best2...itik....
                                                                      kehenseman itik jantan
                                                                           dr. rozmie.....
                                                                      yana & kak dayah
                                                                             itik macho!!

                                                                         hehehe...^___^

                                                                    senyum sokmo

FREE THEM!!


.

                                                                        
                                                                        




      GO!! GO!!

Kisah HABIL DAN QABIL Putera Nabi Adam A.S.


.


Tatacara hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini.


Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda".


Kedua orang tua, Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dengan senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka mengharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan amanat yang telah di bebankan ke atas bahunya.


Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa kanak-kanak dan menginjak masa remaja. Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita,sedang yang laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya. Qabil berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habil di bidang perternakan.


Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta mencintai hormat menghormati masing-masing meletakkan dirinya dalam kedudukan yang wajar si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya,si isteri terhadap suami dan anak-anaknya. Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dalam harmoni damai dan tenang saling bantu membantu hormat menghormati dan bergotong-royong.


Keempat Anak Adam Memasuki Alam Remaja.


Keempat putera-puteri Adam mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kepada hubungan kelamin makin hari makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana menjadi pemikiran kedua orang tuanya dengan cara bagaimana menyalurkan nafsu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yang bebas di antara putera-puterinya.


Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.


Cara yang telah di ilham oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam telah disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumahtangga mereka. Akan tetapi dengan tanpa diduga dan disangka rancangan yang diputuskan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabil dan menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habil dengan mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima. Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan oleh Habil. Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yang kadang-kadang menjurus kepada pertentangan dan permusuhan yang sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki di antara sesama keluarga dan sesama suku.


Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.


Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.


Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.


Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya.


Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia.


Dengan telah jalurnya keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan menolak korban Qabil maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersandingkan Iqlima tidak puas dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk menyoalkan. Ia menyerah dan memerainya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habil yang akan dibunuh di kala ketiadaan ayahnya.


Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarga kepada Qabil. Ia berpesan kepadanya agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya. Ia berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara baik-baik jangan sampai terjadi hal-hal yang mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan yang sudah akrab dan intim.


Qabil menerima pesanan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dengan sebaik-baiknya dan sempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dalam keadaan baik dan menyenangkan. Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari mulut Qabil namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yang baik untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habil saudaranya.


Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil:"Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini."


"Apa salahku?"tanya Habil. Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?"


Qabil berkata:"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang menarik itu."


Habil berkata:"Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan?Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni.Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.


Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."


Nasihat dan kata-kata mutiara Habil itu didengar oleh Qabil namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didalam dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia


Penguburan Jenazah Habil.


Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya.ia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu.Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti yang dipikulnya seraya mundar-mundir oleh Qabil dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu.


Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"


Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia tidak melihat Habil di antara putera-puterinya yang sedang berkumpul.Bertanyalah ia kepada Qabil:"Di manakah Habil berada?Aku tidak melihatnya sejak aku pulang."


Qabil menjawab:"Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habil yang harus mengikutinya ke mana saja ia pergi."


Melihat sikap yang angkuh dan jawapan yang kasar dari Qabil, Adam dapat meneka bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habil, puteranya yang soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua orang tuanya itu.Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yang menyesatkan.


Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.


Kisah Qabil dan Habil Dalam Al-Quran.


Al-Quran mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dalam surah"Al- Maaidah" ayat 27 sehingga ayat 32 .




Pengajaran Dari Kisah Putera Nabi Adam A.S..


Bahawasanya Allah s.w.t. hanya menerima korban dari seseorang yang menyerahkannya dengan tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riyak, takabur atau ingin dipuji.Barang atau binatang yang dikorbankan harus yang masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yang halal.Jika korban itu berupa binatang sembelihan, harus yang sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yang masih segar baik dan belum rusak atau busuk.


Bahawasanya penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil.itulah cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti ; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."


.

nie kali kedua aku menaip utk bloq ni.....
sebenaqnya aku pon x tau nak tulih apa.......
ehmm........

assalamualaikum.. =) AhLaN WaSaHLan....


.

awan yang mendung bagai nak rak air mencurah...
      angin yang bertiup mengoncang kapas-kapas di awangan...
mentari menyepi di sebalik kekelabuhitaman....
      tiada apa yang ingin diungkapkankan....
hanyalah semata-semata ingin mengumumkan..........


                       "aku baru wat blog"